E-mel merupakan salah satu kemudahan utama perkhidmatan web hosting, kemudahan ini membenarkan pengguna web hosting buat akaun e-mel dibawah jenama syarikat dan domain peribadi.
Contoh: [email protected], [email protected]
CARA BUAT HANTAR SEMULA MEL TANPA BUAT AKAUN E-MEL
Sila log masuk web hosting, klik Pemaju (forwarders). Pilih butang tambah pemaju dan isi borang tetapan. Destinasi ialah penerima, pilih alamat e-mel jika ingin menghos mel pada akaun e-mel, pilih lanjutan dan sambung ke program. Isi borang dengan lokasi dimana skrip akan terima mel (Email pipping) .
CARA BUAT AKAUN E-MEL
Pilih akaun e-mel. Klik butang +Cipta, pilih domain jika menghos lebih daripada satu domain. Isi borang, ubah suai kapasiti storan jika diperlukan, klik butang +Cipta untuk menyimpan tetapan.
CARA MENGGUNAKAN WEBMAIL
Webmail adalah sebuah perkhidmatan yang membolehkan pengguna mengakses pelayan mel menggunakan pelayar web. Klik butang Check Email selepas membuat e-mel sepertimana panduan diatas atau layari https://webmail.domain.tld untuk mengakses webmail, log masuk ke akaun e-mel yang telah dibuat.
Pilih Autoresponders untuk aktifkan balasan auto, pilih Email filters untuk buat tapisan mel. Pilih forwarders untuk hantar semula mel yang diterima, ubah suai maklumat pengguna dan penapis spam jika diperlukan.
Horde dan Roundcube adalah perisian yang memiliki keupayaan membolehkan pengguna menghantar, membaca dan memberi mel balasan. Klik logo perisian tersebut untuk membuka dan mengakses pelayan mel, seterusnya klik 2 kali untuk membuka dan membaca mel.
Menguruskan e-mel menggunakan pelanggan >