Add on domains mempunyai keupaya'an yang membenarkan pengguna menghos pelbagai domain dalam satu akaun hosting, dengan adanya kemudahan ini pengguna dapat membina pelbagai laman web berlainan domain.
Subdomains mempunyai keupaya'an mencipta pautan baru di bawah nama domain, contoh https://blog.pakardns.com merupakan pautan subdomain dari domain pakardns.com.
Aliases juga dikenali dengan nama park domain memiliki keupaya'an yang mana satu laman web tersedia dan boleh dilayari pada pelbagai domain.
CARA TAMBAH DOMAIN PADA CPANEL
Sebelum memulakan proses ini pastikan domain telah aktif menggunakan nama pelayan (name server) hosting, rujukan disini. Seterusnya log masuk cPanel web hosting dan pilih Add On Domains. Isi borang domain tambahan, subdomain ialah pautan dari domain utama akaun hosting. Ubah suai direktori dan buat akaun ftp jika diperlukan, rujukan disini, klik butang tambah domain.
CARA BUAT SUBDOMAIN
Kemudahan subdomain membolehkan pengguna mencipta pautan dibawah nama domain yang mana keupaya'anya hampir sama dengan nama domain. Klik Subdomains, isi borang dengan nama subdomain yang ingin dibuat, contoh blog. Pilih nama domain jika terdapat lebih dari pada satu yang di hoskan, ubah suai direktori jika diperlukan. Langkah terakhir klik butang buat subdomain.
CARA BUAT DOMAIN ALIAS
Kemudahan ini membolehkan tapak web dilayari pada pelbagai domain namun yang sebenarnya kandungan web menggunakan domain utama. Pilih Aliases, isi borang nama domain dan simpan. Pastikan domain alias telah aktif menggunakan nama pelayan hosting untuk membolehkanya ia berfungsi seperti yang telah dirancang.